Trust.
The real Malaysia.
Ajd.
Resipi..
Lurus..
[ Pelurusan Buat Ustaz Shamsuri: Mengaminkan Doa Ketika Khutbah & Mengangkat Tangan Mengaminkan Doa Ketika Khutbah ]
1.Telah sampai kepada ARG video kuliah Ustaz Shamsuri yang mengatakan bahawa tidak boleh mengaminkan doa khatib dan juga tidak disuruh mengangkat tangan ketika berdoa, pembaca boleh melihat bermula pada minit ke 36:28 dan video beliau ini mendapat liputan yang agak meluas dan ARG mendapat banyak persoalan tentang hal ini.
2. Apakah pendapat para ulama dalam hal ini? Adakah boleh makmum (mustami’in) mengamini doa khathib ketika dalam khutbah Jum’at? Boleh, bahkan sunnah, mengamini doa khatib dalam khutbah Jum’at. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (I/116) disebutkan:
يُسَنُّ التَّأْمِينُ عَلَى دُعَاءِ الْخَطِيبِ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ ، إِلاَّ أَنَّهُ يَكُونُ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ سِرًّا ، وَبِلاَ رَفْعِ صَوْتٍ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ . وَلاَ تَأْمِينَ بِاللِّسَانِ جَهْرًا عِنْدَ الْحَنَفِيَّةِ بَل يُؤَمِّنُ فِي نَفْسِهِ
“Sunnah mengamini doa khathib menurut ulama Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah. Hanya sahaja, menurut Malikiyyah dan Hanabilah sunatnya bacaan amin tersebut perlahan (tidak keras) dan tanpa mengeraskan suara menurut Syafi’iyyah. Sedangkan menurut Hanafiyyah, tidak sunat membaca amin dengan lisan dengan suara keras, tetapi cukup mengamini dalam hati”.
3. Imam Muhammad bin Yusuf al-Abdari al-Maliki dalam at-Taj wa al-Iklil (II/261) menukil ucapan:
لَا خِلَافَ فِي التَّأْمِينِ عِنْدَ دُعَاءِ الْخَطِيبِ ، لِأَنَّهُ كَانَ يَسْتَدْعِي التَّأْمِينَ مِنْهُمْ ، وَإِنَّمَا الْخِلَافُ فِي السِّرِّ بِهِ وَالْجَهْرِ
“Tidak ada khilaf dalam perkara mengamini doa khathib, kerana khathib mengajak mengamini dari jama’ah yang hadir. Khilaf hanya pada; apakah dibaca perlahan atau keras?”.
4. Imam Ibn Hajar al-Haitami sebagaimana nukilan muridnya, Imam Zainuddin al-Malibari penulis kitab Fath al-Mu’in (Hasyiyah I’anah ath-Thalibin, II/101) berkata:
قال شيخنا ولا يبعد ندب الترضي عن الصحابة بلا رفع صوت وكذا التأمين لدعاء الخطيب
“Guru kami (Ibn Hajar) berkata: “Bukan perkara jauh tentang sunnahnya membaca taradhdhi atas shahabat Nabi dengan tanpa mengeraskan suara. Begitu juga mengamini doa khathib”.
5. Imam Manshur al-Buhuti al-Hanbali dalam kitab Kasysyaful Qina (IV/185) berkata:
( وَيُبَاحُ ) الْكَلَامُ ( إذَا شَرَعَ ) الْخَطِيبُ ( فِي الدُّعَاءِ ) لِأَنَّهُ يَكُونُ قَدْ فَرَغَ مِنْ أَرْكَانِ الْخُطْبَةِ ، وَالدُّعَاءُ لَا يَجِبُ الْإِنْصَاتُ لَه ….. ( وَيَجُوزُ تَأْمِينُهُ ) أَيْ مُسْتَمِعِ الْخُطْبَةِ عَلَى الدُّعَاء
“Boleh berbicara ketika khatib mulai berdoa, kerana ia telah selesai dari rukun-rukun khutbah serta doa tidak wajib didengarkan dengan saksama. Boleh mengamini doa khatib bagi yang mendengar khutbah”.
6. Ustaz Shamsuri juga mendakwa bahawa makmum tidak disuruh mengangkat tangan ketika khutbah. Apa pendapat ulama dalam hal ini? Ulama berbeza pendapat tentang apakah berdoa diluar solat juga sunat mengangkat tangan selain dalam istisqa’. Dan permasalahan mengangkat tangan bagi makmum ketika mendengar doa khatib jum’at juga termasuk khilafiyyah tersebut. Ada ulama yang menganjurkan mengangkat tangan dan ada pula yang tidak menganjurkannya. Dan penjelasan ini boleh dilihat dalam kitab-kitab syarah hadits.
7. Imam Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj (VII/481) menyebutkan tentang sunatnya makmum mengamini doa khathib dalam khutbah istisqa’ serta dianjurkan mengangkat tangan.
وَيُؤَمِّنُونَ عَلَى دُعَائِهِ حَالَةَ جَهْرِهِ بِهِ قَالَ تَعَالَى { اُدْعُوَا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً } وَيَرْفَعُونَ أَيْدِيَهُمْ فِي الدُّعَاءِ
“Para ma’mum mengamini doa ketika khathib mengeraskan doa-nya. Allah berfirman yang artinya: “Berdoalah kepada Rabb kalian dengan merendah dan dengan suara lirih”. Mereka juga mengangkat tangannya dalam doa”.
8. Imam Nawawi al-Bantani dalam Nihayah az-Zain (mukasurat 113) berkata:
ويرفع الحاضرون أيديهم عند دعائه
“Dan hadirin mengangkat tangan ketika khathib berdoa”.
Dengan nukilan di atas, dapat disimpulkan, bahwa mengangkat tangan bagi para hadirin tidak didasarkan atas khatib yang juga mengangkat tangan sebagimana dakwaan Wahabi, tetapi memang ia termasuk keumuman dalil sunatnya mengangkat tangan dalam doa.
9. Imam Ibn Hajar al-Asqallani dalam Fath al-Bari (II/507) berkata:
ورفع الناس أيديهم مع رسول الله صلى الله عليه و سلم يدعون وقد استدل به المصنف في الدعوات على رفع اليدين في كل دعاء
“Para sahabat mengangkat tangan mereka bersama Rasulullah seraya berdoa. Dan mushannif (al-Bukhari) berdalil dengan ini dalam kitab doa, bahawa mengangkat tangan adalah sunnah dalam setiap doa”.
10. Syaikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi (II/173) berkata:
قالوا هذا الرفع هكذا وإن كان في دعاء الاستسقاء لكنه ليس مختصا به ولذلك استدل البخاري في كتاب الدعوات بهذا الحديث على جواز رفع اليدين في مطلق الدعاء
“Ulama berkata, “Mengangkat tangan ini, begitu juga para hadirin, walaupun dalam doa istisqa’, tetapi itu tidak khas pada istisqa’ sahaja. Oleh kerana itu al-Bukhari membuat dalil hadits ini dalam kitab do’a bahawa boleh mengangkat kedua tangan dalam doa secara mutlak”.
11. Jika mengangkat tangan dalam mengamini doa khathib jum’at termasuk terlarang sebagaimana dakwaan Wahabi, mengapa dalam banyak sekali kitab dijelaskan bahawa yang makruh mengangkat tangan adalah bagi khathib jum’at sahaja? Misalnya perkataan al-Qalyubi (II/328):
وَيُكْرَهُ لِلْخَطِيبِ رَفْعُ الْيَدَيْنِ مُطْلَقًا
“Makruh mengangkat kedua tangan secara mutlak bagi khathib”
Mengapa khithab makruh tersebut hanya di tujukan kepada khathib sahaja? Ini menunjukkan bahwa keumuman dalil mengangkat tangan dalam doa berlaku juga bagi makmum.
12. Dengan penjelasan ARG yang ringkas ini diharapkan dapat mencerahkan persoalan pada para pembaca
Disediakan Oleh:
Unit Penyelidikan
Ahlussunah Wal Jamaah Research Group (ARG)
http://www.facebook.com/aswjresearchgroup
Do you know..
Akibat..
*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS*
*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
*”Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca Al-Quran”.
*”Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran”.
*Berkata Al-imam Qurtubi :*
“Barang siapa yang membaca *Al-Quran*, maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun”.
*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*
“Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca”.
*Berkata Ibnu Solah :*
“Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama’an untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia”.
*Berkata Abu Zanad :*
“Di tengah malam, aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran”.*
*Berkata sebagian ahli tafsir :*
“Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia”.
“Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya”.
Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.
*JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN PENOLONG DI AKHERAT*
Aamiin yaa robbal alaamiin…silakan di bagikan.semoga bermanfaat.Aamiin.
Semoga yg membagikan ini di lancarkan rezekinya aamiin.